ULAMAK WAJIB MENEGUR PENYELEWENGAN
Kalau kita menyorot kembali tentang peranan
sebenar para Ulamak di dalam masyarakat dan negara, kita akan
dapati bahawa mereka sebenarnya merupakan golongan yang dipertanggungjawabkan
untuk memimpin masyarakat dan negara. Kedudukan mereka amatlah penting
demi untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar melaksanakan setiap intipati
ajaran Islam.
Di dalam hadith Rasulullah SAW
disebut bahawa corak sesuatu masyarakat dan negara umat Islam itu adalah
bergantung kepada peranan para Ulamak yang di samping para umara'. Kegagalan
para Ulamak dan Umara' memainkan peranan mereka, bererti akan gagal dan rosaklah
masyarakat yang sedang berada di bawah pimpinan mereka. Sebab mereka itulah yang
diharapkan untuk memimpin masyarakat dan negara ke arah yang diredhai oleh Allah
SWT.
Sebagaimana yang diketahui,
para Ulamak merupakan pewaris para nabi. Di samping mewarisi
ilmu pengetahuan dari nabi, mereka juga mewarisi perjuangan dan jihad yang
pernah dilaksanakan oleh para nabi. Lantaran itulah kedudukan para Ulamak adalah
lebih tinggi dibandingkan dengan kedudukan umat Islam lainnya.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya
Allah mengangkat kedudukan orang-orang beriman dan berilmu pengetahuan dengan
beberapa darjat".
(Surah al-Mujadalah :
11).
Firman Allah SWT: "Allah
menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada Ilah melainkan Dia, dan begitu juga para
malaikat dan orang-orang yang berilmu".
(Surah al-Imran : 18).
Dengan kemuliaan yang diberikan
oleh Allah SWT kepada mereka, menjadikan mereka sebagai satu golongan yang
penting sekali di dalam masyarakat dan negara. Ilmu pengetahuan yang dikurniakan
oleh Allah kepada mereka adalah untuk memimpin masyarakat ke arah yang
dikehendaki Allah dan rasul. Para Ulamak hendaklah menjadi golongan yang paling
terkedepan kerana merekalah yang diamanahkan untuk memimpin umah. Mestilah
diingat, kewujudan sesuatu bentuk masyarakat yang tidak dipimpin oleh para ulama
yang soleh, akan hanya merupakan sebuah masyarakat yang penuh dengan pelbagai
kejahilan serta kesesatan dan ke arah pemujaan hawa nafsu. Dengan itu mahu tidak
mahu, para Ulamak diibaratkan sebagai lampu di malam yang gelap gelita.
Tugas para Ulamak yang
utama ialah membimbing manusia ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT
sepenuhnya dan menolak sebarang bentuk pengabdiaan kepada selainNya.
Dukacitanya
di negara ini institusi Imam, Khatib, Qadhi, Mufti dan Penasihat/Pegawai Agama
adalah dibawah belenggu dan kongkongan pemerintah atau Kerajaan. Sementara
Kerajaan itu adalah didokongki oleh Parti Berhala UMNO Baru(A) yang mencengkam
Institusi agama ini dengan rakus sekali demi kepentingan politik
assabiyah/nasionalis serta agama ciplakan anutan mereka "Sekularisme".
Jadi apalah yang boleh kita harapkan daripada para Mufti-Mufti yang telah
dipekakbisukan dan Institusi-Institusi yang telah di pejabat dan di pusatkan
oleh KERAjaan UMNO Baru(A) ini untuk memainkan pernanan mereka membimbing
manusia ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kalaupun ada para Ulamak
bebas yang cuba untuk mengambil dan memainkan peranan mereka menyampaikan
risalah Allah dan rasulNya, usaha murni mereka pasti di halang oleh
Pemimpin KERAjaan UMNO Baru(A). Mereka menghalang ceramah-ceramah agama Islam di
surau dan masjid. Pemimpin UMNO Baru(A) ini jugalah yang menghalang;
contohnya Jabatan Agama Islam (JAIS) dari menjalankan peranan mereka mencegah
kemungkaran dan maksiat di kalangan masyarakat. Mereka memecat Mufti Selangor
Dato' Ishak Baharum yang menangkap 3 gadis Melayu (Mengaku Islam tetapi Islam
belum tentu !) yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik.
Pemimpin UMNO Baru(A) jugalah yang menghalang Jabatan Agama Islam (JAIS) dari
menjalankan peranan mereka menangkap 27 orang Melayu (Mengaku Islam tetapi Islam
belum tentu !) yang terlibat dengan kegiatan maksiat dan arak di The Ship pub.
Pemimpin UMNO Baru(A) jugalah yang memperkuda dan menunggang kaldai JAIS
dalam menaja dan menggantikan AJK Surau dan AJK Masjid yang telah dipilih oleh
anak kariah dengan AJK tajaan UMNO Baru(A) bagi memastikan UMNO Baru(A) bertapak
di surau dan di masjid, walhal mereka-mereka ini ada yang bukan dari kariah
berkenaan dan batang hidung mereka ini pun tidak pernah nampak berjemaah di
surau dan masjid berkenaan. Akibatnya JAIS kini dikenali sebagai Jabatan
Anti Islam Selangor !.
Sebelum kedatangan Rasulullah
SAW, Allah SWT telah mengutus rasul-rasul tiap-tiap 500 tahun kepada manusia
untuk memimpin serta mengajar manusia ke arah pengabdian sebenarnya kepada Allah
SWT. Kemudian, di antara seorang rasul dengan rasul yang lain, Allah SWT
sentiasa datangkan para nabi sebagai rujukan masyarakat. Selepas Rasulullah SAW
tidak ada lagi rasul dan nabi. Rasulullah SAW adalah penutup segala rasul dan
nabi. Oleh kerana yang demikian, tugas menjadi tempat rujukan masyarakat adalah
terpikul di bahu para Ulamak. Oleh kerana yang demikian dikhabarkan bahawa
Rasulullah SAW pernah menyebut:
"Ulamak umatku
itu kedudukannya seperti nabi-nabi Bani Israil".
Oleh kerana itu hendaklah
difahami bahawa tugas para Ulamak ialah menyebarkan
pusaka dari Rasulullah SAW iaitu Al-Qur'an dan As-Sunnah Rasululah SAW.
Para Ulamaklah yang bertanggungjawab memegang serta memelihara kesuciannya.
Ertinya disini, sekiranya Rasulullah SAW menyampaikan Al-Qur'an dan As-Sunnah ke
tengah masyarakat, maka para Ulamak menyampaikannya pula ke tengah masyarakat.
Jika Rasulullah SAW menjelaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah secara tepat, maka para
Ulamak hendaklah juga menyampaikan Al-Qur'an dan As-sunnah secara tepat. Mereka
tidak boleh mendiamkan diri dari sebarang bentuk kemungkaran yang berleluasa di
tengah-tengah masyarakat. Mereka hendaklah tampil ke tengah untuk
membaiki kemungkaran yang berlaku. Mereka berperanan menasihatkan pemerintah,
agar pihak pemerintah berlaku lurus dalam pemerintahannya. Mereka juga
hendaklah sentiasa menasihatkan orang-orang kaya agar mereka sanggup membantu
orang-orang miskin di kalangan umat. Para Ulamak sebenarnya berperanan
untuk menasihatkan para saudagar agar mereka sentiasa lurus dalam perniagaannya
dan agar jangan terdapat unsur-unsur riba dalam urusan perniagaan mereka. Begitu
juga para Ulamak hendaklah berperanan menasihati orang-orang miskin di kalangan
umat agar mereka bersabar dengan sebarang bentuk kemiskinan dan kesusahan yang
menimpa mereka.
Dukacitanya senario yang
berlaku di negara ini amat memalukan. Malah kepercayaan dan pertanggungjawaban
yang kita harapkan daripada mereka selalu dipersoalkan. Mereka bukan sahaja
tidak tampil ke tengah, sebaliknya terdapat dikalangan mereka-mereka yang
dipekakbisukan ini bersekongkol pula dengan pemerintah KERAjaan UMNO Baru(A)
yang zalim menekan dan mengugut masyarakat serta rakyat dan memberikan nasihat
yang bertentangan dengan tuntutan Allah SWT. Kewibaan mereka-mereka ini
sebagai Ulamak boleh dipertikaikan dan menjadi persoalan.
Di manakah mereka-mereka ini, apabila
Mahafiraun dengan berani meminta supaya Al-Qur'an di tafsir semula kerana sudah
tidak sesuai dengan zaman moden.
Di manakah mereka-mereka ini, apabila
Mahafiraun dengan berani mempersenda janggut nabi dan memperlekehnya dengan
berkata mustahil terlalu banyak ikutan yang ditinggalkan oleh nabi.
Di manakah mereka-mereka ini, apabila
Mahafiraun dengan cabulnya mempersenda hukum Hudud Islam dengan berkata
kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan.
Di manakah mereka-mereka ini, apabila
Mahafiraun dengan berani depan mereka sendiri menyatakan bahawa hukum Murtad
iaitu bunuh tidak sesuai dan perlu dikaji kununnya hukum bunuh ini
menakutkan orang bukan Islam dari masuk Islam.
Di manakah mereka-mereka ini, apabila
slogan "Ulamak Penipu" sewenang-wenangnya di pamerkan di merata ceruk
negara pada masa pilihanraya yang lepas oleh UMNO Baru(A) demi meraih undi
simpati orang Melayu (Mengaku Islam tetapi belum tentu Islam). Sampai sekarang
slogan ini masih ada di pembahagi jalan sebelum sampai di bulatan sebelum pintu
masuk UiTM Shah Alam, Selangor. Semua orang buat tak kisah sahaja !.
Dimanakah mereka-mereka ini, apabila
pertuduhan kes liwat Dato' Sri Anwar Ibrahim yang sepatutnya di hakimkan
dihadapan mahkamah Syariah Islam dibiarkan begitu sahaja di hakimi oleh
hakim-hakim Gula-Gula Hacks dan Hakim Ariffin Joker yang mendaulatkan
undang-undang thaogut, demi membenarkan pertuduhan oleh Mahafiraun dan para
konspiratornya.
Sekiranya perkara yang
disebutkan di atas dilaksanakan oleh para Ulamak seluruhnya, maka barulah mereka
itu dapat dijadikan sebagai obor di tengah masyarakat. Tetapi mereka telah
memilih melakukan sebaliknya, bahkan mereka lalai dan dilalaikan dengan sogokan
jawatan dan harta dunia, maka lahirlah berbagai kerosakan dan kederhakaan di
tengah-tengah masyarakat sepertimana yang dapat kita saksi dan rasakan sekarang.
Masyarakat jelas menjadi terumbang-ambing dengan kesesatan dan kejahilan akibat
tiadanya Ulamak yang tampil memimpin sebaliknya pemimpin dari kalangan UMNO
Baru(A) ini bermaharaja menzalimi masyarakat dan rakyat jelata. Mereka
memperjuangkan tembolok mereka dan suku sakat mereka. Mereka menjaga keperluan
perut dan bawah perut mereka. Mereka berusaha mempertahan kuasa yang ada pada
mereka macam daun pisang yang tak mudah jatuh mempertahankan kepisangannya.
Sebenarnya, tidak semua para
Ulamak itu telah benar-benar berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah
terkadang terdapat sekian ramai khususnya di zaman ini yang telah jauh
menyeleweng daripada tujuan asal mereka. Mereka bertindak menjadi penimbun harta
sama seperti orang UMNO Baru(A) lainnya. Sebagai contoh demi menjaga dan
menongkat kewibawaan UMNO Baru(A) orang-orang seperti Astora Jabat yang jahil
agama diambil sebagai penulis tetap bicara Agama Utusan Melayo. Siapalah Astora
Jabat itu yang diagong-agongkan oleh UMNO Baru(A), sedangkan apabila berdebat
dengan Uztaz Asri seorang pelajar UIA pun dia gugup, gagap tidak mampu
mengetengahkan hujah-hujah yang di sokong oleh dalil-dalil naqli dari Al-Qur'an
dan As-Sunnah. Malang sungguh pemerintah negara ini yang mengambil orang seperti
Astora Jabat ini untuk membicarakan hal-hal agama Islam. Mengapa tidak
diketengahkan para Mufti dan Penasihat Agama yang lebih berilmu dan berwibawa
untuk menulis di ruangan Bicara Agama itu ?. Setiap negeri ada seorang Mufti,
kalau setiap minggu seseorang daripada mereka menulis bukankah lebih elok dan
cantik ?. Malah rakyat sendiri dapat mengenali dengan lebih dekat lagi Mufti
mereka. Sekarang ini di negara Malaysia yang serba boleh ini ramai yang
lebih mengenali Siti Norhaliza, Awie dan ramai artis lain daripada mengenali
Mufti dan para Ulamak mereka. Akibatnya masyarakat terperangkap dengan tulisan
Astora Jabat yang boleh memesong aqidah umat Islam di negara ini. Malah
terdapat mereka yang dikenali mempunyai Ilmu Islam, tetapi pada diri mereka dan
keluarga mereka sendiri tiada penghayatan Islam. Mereka tahu bahawa
bohong/menipu itu salah, tetapi mereka terus-terusan berbohong dan menipu.
Mereka tahu bahawa rasuah itu salah, tetapi mereka terus-terusan menerima
rasuah. Mereka tahu arak dan judi itu salah, tetapi mereka terus-terusan
membiarkan perkara ini bermaharajalela di tengah masyarakat. Mereka tahu bahawa
zina dan ratu cantik serta tidak menutup aurat itu salah, tetapi mereka
terus-terusan membiarkan perkara ini berleluasa, sebaliknya mereka ini
seolah-olah redha dengan kritikan dan penghinaan oleh pemimpin UMNO Baru(A) yang
memperlekeh dan menghina tuntutan menutup aurat yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Bahkan mereka sanggup diam dan membisu apabila pemimpin UMNO Baru(A)
sewenang-wenangnya mengecap mereka sebagai "Ulamak Penipu !".
Mereka adalah para
Ulamak yang terpedaya oleh kemewahan dunia yang berupa harta, pangkat, nama dan
sebagainya. Mereka telah memperalatkan ilmu pengetahuan yang mereka miliki
semata-mata bertujuan keduniaan dan menjadikan agama sebagai alat untuk
mencapainya. Kepada golongan ini, agama bukan lagi sebagai panduan untuk
menambahkan ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Lantaran
itu mereka sanggup mendampingi orang-orang fasik dari pihak pemerintah yang
melakukan pelbagai kemungkaran, maksiat, penindasan dan sebagainya kerana
tujuan-tujuan tertentu. Apakah ini juga yang telah terjadi kepada Mufti Negeri
Perak Dato' Harussani Zakaria seperti yang diketengahkan oleh Pelapor
dalam tulisannya "Mufti Yang Termakan Fitnah Mahathir !".
Fatwa-fatwa yang mereka keluarkan selalunya lebih ke arah menyokong pihak
pemerintah walaupun melanggar hukum Islam. Lebih bacul lagi, mereka sanggup
berada dalam satu badan yang sengaja ditaja oleh pemerintah untuk menentang
sebarang usaha melaksanakan hukum Islam di dalam negara.
Dengan memutar-belitkan
beberapa ayat Al-Qur'an dan Hadith serta qaedah fiqh, mereka menjadi ayam sabung
dari pemerintah untuk menentang golongan yang mahu menegakkan pemerintahan Islam
di dalam negara. Untuk tujuan ini di sini dapat kita saksikan peranan yang
dimainkan oleh orang-orang seperti MidMan, YusofYes, Astora Jamban,
BrigJakim, KhaieAhmad, KsimAhmad dan banyak lagi yang cakap mengenai Islam
sebaliknya bersekongkol dengan pemerintah yang zalim. Alangkah
kejinya sikap mereka !.
Oleh kerana itu Rasulullah SAW telah
memperingatkan hal ini dalam sabdanya yang bermaksud:
"Kecelakaanlah
bagi umatku dari Ulamak jahat, mereka memperniagakan ilmu, mereka menjualnya
kepada pembesar-pembesar di mata mereka dengan maksud keuntungan peribadi. Allah
SWT tidak akan memberi keuntungan kepada perniagaan mereka".
(Riwayat al-Hakim).
Syeikh Abdul Aziz al-Badri
penulis buku "Al-Islam Baina Ulamak Wal
Hukkam" (Islam: Di antara Ulamak Dan Pemerintah) antara
lain menerangkan tentang sifat dan sikap yang seharusnya dilaksanakan oleh para
Ulamak. Mereka adalah pewaris-pewaris yang menyambung kembali perjuangan dan
dakwah para Nabi. Mereka tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Mereka juga
tidak gentar kepada pihak berkuasa yang kejam dalam menegakkan kebenaran, kerana
mereka beriman kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa
melihat pemerintah zalim yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT,
yang mungkar terhadap janji dengan Allah SWT, yang menyalahi Sunnah Rasulullah
SAW, yang bekerja pada hamba-hamba Allah SWT dengan dosa dan permusuhan, lalu
dia tidak merubahnya dengan perkataan dan perbuatan, adalah menjadi hak Allah
SWT memasukkannya ditempatnya (neraka)".
(Riwayat at-Tabrani).
Ulamak yang disebut sebagai pewaris para
Nabi tidak akan membisu seribu bahasa dari memperkatakan kebenaran yang wajib
disampaikan. Mereka juga tidak menyembunyikan hukum Allah SWT di dalam sesuatu
perkara, atau suatu kemusykilan sama ada yang berhubung dengan urusan umat,
urusan pemerintah atau tindak-tanduk para pemerintah.
Di dalam buku tersebut juga
menerangkan bagaimana kewujudan sesuatu bentuk masyarakat yang tidak dipimpin
oleh Ulamak, akan hanya merupakan sebuah masyarakat yang penuh dengan pelbagai
kejahilan serta kesesatan dan ke arah pemujaan hawa nafsu. Dengan kata lain,
bahawasanya Ulamak Islam bangun dan tegak mengurus ibadah dan mengajarnya kepada
manusia. Mereka juga mengatur urusan politik dan pemerintah dan melaksanakan
segenap ajaran Islam dan segenap jurusan hidup. Tidakkah tindakan ini jelas
dipraktikkan oleh Tuan Guru YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru YAB Haji
Abd Hadi Awang ?. Maka adalah jelas kepada kita semua kini siapakah dia Ulamak
Islam dan siapakah pula mereka yang digelar Ular Dalam Semak atau Ular Si Mamak.
Kalau kita melihat peranan yang
dimainkan oleh para Ulamak silam, mereka adalah golongan yang menyeru manusia
berpegang teguh dengan akhlak Islam, menyeru manusia memelihara dan memperbaiki
pelaksanaan segenap sistem hidup dengan perseimbangan yang sewajarnya, membuat
perhitungan yang teliti dan tajam terhadap pemerintah, memperbaiki, memperbetul
dan mengkritik mereka. Lebih dari itu Syeikh Abdul Aziz al- Badri menerangkan di
dalam bukunya, bahawa para Ulamak pada masa yang sama menjadi khatib dan ahli
pidato di mihrab masjid dan di luarnya dan sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT.
Tidakkah dapat kita saksikan bahawa inilah juga yang dilakukan oleh Tuan
Guru YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru YAB Haji Abd Hadi Awang
?. Sebaliknya tuntutan Allah SWT ini dihalangi oleh pemerintah dari kalangan
UMNO Baru(A) seperti Menteri Besar Selangor yang hingusan Mohd Khir Toyo. Mohd
Khir Toyo ini khabarnya sanggup untuk berceramah dengan Tuan Guru YAB Dato'
Nik Aziz Nik Mat di Masjid di Kelantan dalam bulan puasa atas topik yang
berkaitan dengan Ramadahan tapi tak tahulah sampai la ni dah tinggal empat hari
lagi puasa lagi habuk pun tarak. Inilah dianya pemimpin
UMNO Baru(A) pandai berkokok sahaja macam ayam, tetapi ekor bergelumang tahi !.
Semasa di Lunas tempohari Mohd Khir Toyo inilah juga orangnya yang merampas
tugas imam disebuah masjid disana, kononnya nak menunjuk-nunjuk bahawa sebagai
Menteri Besar aku juga alim konon dan boleh jadi imam pi rah !. Tindakannya
tidak lain dan tidak bukan untuk memancing undi dari para makmum, akibatnya
ramai yang tinggalkan dia dengan kesombongan dan ketakburannya itu.
Ulamak Islam yang soleh
merupakan sikap sentiasa memberi nasihat yang jujur dan sungguh-sungguh. Mereka
redha menanggung segala macam kesusahan dan penderitaan di jalan ini. Mereka
mengorbankan segala tenaga dan apa yang ada pada mereka untuk melaksanakan
segala tuntutan syari'at Islam. Syeikh Abdul Aziz al-Badri menerangkan, orang
yang paling utama menerima nasihat, tidak lain melainkan pemerintah kerana
dengan dinasihati dan telah menerima hakikat akan membuahkan segala kebaikan
untuk mereka sendiri dan untuk ummah yang dipimpinnya. Hakikatnya di Malaysia
Boleh ini, lain pula yang terjadi pemerintah yang zalim ini mempekakbisukan
Ulamak yang benar-benar memperjuangkan Islam malah terus-terusan memperlekeh
mereka. Pemerintah dari kalangan UMNO Baru(A) yang buta Islam ini pula
yang bercakap mengalahkan Ulamak. Lebih teruk dan mendukacitakan lagi mereka
menerimapakai nasihat daripada Ular Dalam Semak dan Ular Si Mamak yang sentiasa
mengampu demi tembolok, perut dan bawah perut mereka.
Berhubung dengan Ulamak yang menjawat sesuatu
jawatan dan menerima gaji dari pemerintah, Syeikh Abdul Aziz al-Badri menyebut
antara lain:
"Ulamak pada hari
ini yang menerima gaji daripada kerajaan kerana mereka memegang jawatan yang
terkenal seperti imam, khatib, qadhi, mufti, penasihat dan lain-lain di dalam
kerajaan, menumpukan fikiran dan mencurahkan usahanya untuk jawatan tersebut,
yang demikian itu harta yang halal walaupun bukan dari harta wakaf kaum
Muslimin, kerana yang demikian itu adalah untuk muslihat umat. Apa yang
dikehendaki Islam kepada Ulamak yang menerima gaji kerana menjawat jawatan itu
ialah janganlah kerana gaji itu menyebabkan mereka menjadi alat dan menjadikan
mereka berdiam diri terhadap kemungkaran yang dilakukan pemerintah. Ulamak tidak
boleh mendiamkan diri terhadap kesesatan dan penyelewengan yang berlaku di
kalangan pemerintah. Ulamak itu mesti berani menerima risiko kemarahan dan
ancaman pemerintah yang berani membuat gangguan dan menambahkan dosa-dosa
mereka. Pemerintah seperti itu akan menahan ulamak dari menyempurnakan tugas
mereka dan melucutkan jawatan mereka yang menyebabkan ulamak itu hilang
mata pencarian. (Tidakkah ini juga
yang telah dilakukan oleh KERAjaan UMNO Baru(A) pimpinan
Mahafiraun@HeadOfTheShit terhadap bekas Mufti Selangor Y.Bhg. Dato' Ishak
Baharum suatu masa dahulu). Namun demikian Ulamak
tidak perlu takut dengan ancaman dan gangguan itu, kerana sesungguhnya rezeki
itu di tangan Allah SWT, bukan di tangan manusia".
Demikian jawapan paling tegas
dari Syeikh Abdul Aziz al-Badri berhubung dengan para ulamak yang mencari rezeki
dengan menjawat sesuatu jawatan dalam pemerintahan. Sesungguhnya jawatan yang
dijawat oleh para Ulamak seharusnya dijadikan sebagai wasilah untuk menyampaikan
kebenaran sama ada terhadap pemerintah mahupun umat. Adalah tidak wajar sama
sekali sesuatu jawatan yang diterima oleh para Ulamak dijadikan sebagai suatu
jalan bagi mereka mengumpulkan kekayaan duniawi.
Para Ulamak hendaklah
sedar bahawa mereka tidak sepatutnya terpedaya oleh sebarang bentuk
keduniaan kerana tujuan asal mereka bukan demikian. Apa yang sepatutnya mereka
buru ialah keuntungan dan kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Selain dari
itu adalah semata-mata tipu daya.
Maka kepada para imam,
khatib, qadhi, mufti dan penasihat/pegawai agama bangkitlah !...
bangkitlah !... bangkitlah !... sebelum terlewat. Tegurlah penyelewengan demi
penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin KERAjaan UMNO Baru(A) selama ini.
Sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kamu yang utama untuk menegur dan
menghalang si Mahafiraun@HeadOfTheShit dari terus-menerus menghina Islam dan
bercakap mengalahkan Ulamak, sedangkan semua sedia maklum apakah Ilmu Islam yang
ada pada si Mahafiraun @ Head Of The Shit itu untuk bercakap demikian, lagipun siapakah
dia yang ingin bercakap mengenai Islam mengalahkan Ulamak apabila dia
sewenang-wenangnya menuntut Al-Qur'an di tafsirkan semula, dia
sewenang-wenangnya memperlekeh janggut nabi, dia sewenang-wenangnya mempersenda
hukum Hudul Islam dan hukum Murtad !
Yang Merah Itu
Saga - Yang Berkarat Itu
UMNO Baru(A) Yang Indah Itu
Bahasa - Yang Senget Itu
Dacing BN
Lawan Tetap Lawan - Lawan
Sampai Menang
"Reformasi !... Reformasi !...
Reformasi !..."
Islam Tetap Islam -
Umatnya PASti Bertakbir : "Allahuakbar !... Allahuakbar !... Allahuakbar !.."
Islam Memerintah Bukan
DiPerintah !
habibu@hangjebat. com
|